Selasa, 27 Disember 2011

Untether 5.0.1 Jailbreak!!

Akhirnya Untethered Jailbreak dah keluar.. ini yang aku sangat tunggu2.. punye la nak jailbreak smp aku sanggup pakai tethered jailbreak.. bagus lah.. nak jadikan untether tak susah pon.. just install "corona 5.0.1 untether"..... SIAP!! hahaha.. berbaloi2.. di bawah adalah cara2 untuk install untether jailbreak..



Jailbreak ini hanya boleh digunakan untuk semua A4 based ke bawah iaitu iPhone 4, 3GS, 3G/4G, iPod dan iPad 1.  A5 based masih belum keluar ye.. sabarrrrr!!

Jika anda sudah “tethered jailbreak” dari Redsn0w, Ac1dSn0w atau Sn0wbreeze hanya perlu download “corona 5.0.1 untether” di cydia.

Jika anda mmg sedang menggunakan iOS 5.0.1 yang tak jailbreak lagi or fresh 5.0.1, anda boleh download Redsn0w 0.9.10b1 yang terbaru dari website di bawah dan teruskan langkah2 berikut:

Langkah 1: Download versi terbaru Redsn0w.
Langkah 2: Start -> Jailbreak -> check “install cydia” -> ikut cara2 nak masuk DFU mode dan seterusnya
Langkah 3: Tunggu Redsn0w selesai buat keje..

Lepas siap tu dia akan reboot dan......................tak payah tether!! Hahahaha.. GOOD LUCK!!

Sumber:

http://www.redmondpie.com/jailbreak-5.0.1-untethered-on-iphone-ipad-ipod-touch-a4-devices-now-using-redsn0w-0.9.10b1-corona/

http://greenpois0n.com/?p=150

http://blog.iphone-dev.org/


Jumaat, 9 Disember 2011

DickTracyTV

Sedikit mempromosikan rakan seperjuangan.. Good Luck Guys!!

Sila cari mereka di:

Youtube: http://www.youtube.com/user/DICKTRACYTV?feature=watch
Facebook: http://www.facebook.com/DICKTRACY.MY

Masih hidup lagi walaupon peluang hanya 1%

Dasat gile.. Kalo ikutkan nih dah kire 99% confirm jalan dah nih..  Nih semua berlaku dengan izin Tuhan dan Luck masing2.. Renung2kan dan selamat beramal.. =)

Khamis, 8 Disember 2011

Sumbang Mahram di Indonesia

Video youtube nih aku jumpa kat news feed kawan aku kat facebook.. Kisah ini memaparkan seorang ibu yang dahagakan nafsu selepas kematian suaminya, memilih untuk menggunakan "anugerah tuhan" iaitu anak kandungnya sendiri sebagai tempat melempiaskan nafsu.

Si Ibu ini sanggup memaksa anaknya untuk melakukan sumbang mahram itu diwaktu anak2 lain sedang nyenyak tidur sehingga menjadi rutin.

MasyaAllah, ape dah jadi dengan umat akhir zaman sekarang ni? Indonesia telah ditimpa macam2 musibah dari apa yang mereka lakukan sebelum2 ini.. Ini sekadar contoh yang telah dibongkarkan. Mungkin satu hari nanti kita takkan terkejut dgn gejala seperti ini seperti kita melihat percintaan sejenis yang semakin menular di sana sini..

Ayuhlah kita bersama2 mendoakan mereka2 yang telah perpesong dari akidah ini kembali ke jalan yang lurus sebelum dipanggil menghadap Pencipta sekalian alam.. Astaghfirullahalazim~~

Sila lihat sidang media yang dirakamkan ini sebagai iktibar dan bersama2lah kita berdoa agar generasi2 akan datang tidak mencontohi perkara2 sebegini..



Rabu, 7 Disember 2011

Rock The World Adrenaline 2011

Dah lama tak pergi Rock The World.. hehe.. teringat zaman muda2 mase kat Universiti dlu.. Rajin gile pegi tgk Live Performance.. hehe.. skang nih umur meningkat, berat badan meningkat, komitmen meningkat, mmg dah tak sempat nak pegi la.. tapi kalo tgk list2 band dalam ni, kebanyakannya adalah geng2 gig dlu2.. bagus la.. mereka masih lagi bermain muzik dengan kentalnya.. untung la korang beb, betul2 pegi jauh.. dlu kite semua same-same kat bawah tgk otai2 main.. skang budak2 lain tgk korang yang dah otai2 ni main lak.. hehehe.. nice dude!! =)

Sebagai tanda menyokong, meh aku promote korang kat sini.. hehe..

Flyers


List Band yang bakal perform di Rock The World Adrenaline 2011 dan masa


Tempat untuk membeli tiket Rock The World Adrenaline 2011

Jangan Lupa:

- 10 Disember 2011 -
- Stadium Merdeka Kuala Lumpur -

Sumber: http://www.rocktheworld.com.my/

Isnin, 28 November 2011

Nak tukar kete

Minggu lepas Din ade bawak kereta abang dia, Corolla Altis.. aku saje2 tanye la.. brape harge kete tu.. Dia lak tetiba cakap abang dia ada cakap nak tukar kete.. aku pon suro dia tanye berapa.. dan harga yang dia cakap tu mcm menarik untuk di beli..

Ini telah mendatangkan semangat nak tukar kete semakin tinggi.. Memandangkan lepas nih nak kene travel jauh sket untuk pergi keje, aku memerlukan kenderaan yang memiliki fuel consumption yang baik, keselesaan seisi keluarga dan juga kemampuan diri..

Dalam fikiran aku ade 4 kete baru selain Toyota Corolla Altis 1.8 abang din tu.. 4 kereta ini adalah,

1. Honda City
2. Toyota Vios
3. Kia Forte
4. Proton Inspira

Kalo nak diikutkan segment, Honda City dan Toyota Vios adalah di dalam kategori - B, manakala Kia Forte dan Proton Inspira adalah kategori - C yang lebih luas dan selesa.

Ya, Honda dan Toyota adalah dari Jepun.. Kia dari Korea.. dan Proton Inspira adalah CKD kepada Mitsubishi Lancer.

Honda City - bagi aku kereta ni sangat menarik dan best dari segi rupa bentuk dan brand.. ruang untuk seat blakang agak sempit bagi aku.. yang lain2 sume ok tapi range harga dia agak tinggi berbanding 3 kereta lain jika kita pertimbangkan spec..

Toyota Vios - Antara 4 kereta yang aku compare nih, vios memenangi dari segi Fuel Consumption. Handling biasa, spec pon biasa. Yang bagus bagi toyota di Malaysia ni adalah servis Toyota ni bagus.. Lain2, dari segi harga, keluasan, keselesaan, semuanya biasa la.. nothing special tapi mmg dapat kepuasan optimum la dengan 1.5cc je..

Kia Forte - kete nih mmg terbaik dari segi design, harga, spec, accessory dan lain2..buatan korea yang dah semakin improved jika kita compare keluaran2 kia yang lain seperti spectra dll.. dalam fikiran aku, aku akan consider untuk beli Forte 1.6L SX.. bagi aku, 2.0 mcm terlalu melebihi budget aku la..

Proton Inspira - Orang dgr proton je, responnya = "kereta Malaysia", Interest tinggi, servis teruk, buatan teruk, power window dan lain.. tapi dulu masa proton saga keluar pada 1985, seronok, bangga dll.. hahaha.. ok.. ini cerita pasal proton inspira, bukan proton ye.. Seperti yang kita tahu, proton inspira adalah CKD kepada Mitsubishi Lancer.. So, kebanyakan spec yang ada kat dia adalah terbaik dan spec Mitsubishi.. OK, kita jgn pk langsung pasal proton, maruah dll, aku rasa, ok je kalo pakai inspira.. harga pon kire ok la untuk spec seperti ini.. yang aku baru prasan skang nih, ade lak discount akhir tahun smp RM9000.. kalo 1.8 manual tu, RM 69999 pon dah boleh.. ape lagi?

sekarang ni aku dah filter2 antara 4 nih.. aku rasa boleh la nak consider Kia Forte dan Proton Inspira.. Ape kate anda??


Mari masuk tadika balik!!


Kalau A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

sama dengan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26

jadi...

H+A+R+D+W+O+R+K = 8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%

K+N+O+W+L+E+D+G+E = 11+14+15+23+12+5+4+7+5 = 96%

L+O+V+E=12+15+22+5= 54%

L+U+C+K = 12+21+3+11 = 47%

Ini sume x dpt markah penuh lagi...





tapi “attitude”

A+T+T+I+T+U+D+E = 1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%













yang paling penting "love of god"

L+O+V+E+O+F+G+O+D = 12+15+22+5+15+6+7+15+4 = 101% ..

MasyaAllah.. =)

Sabtu, 26 November 2011

Terjemahan doa akhir dan awal tahun.

Sempena Awal Muharram ini, aku mengucapkan salam Maal Hijrah kepada semua.

Di sini aku nak kongsikan terjemahan doa akhir tahun dan doa awal tahun untuk kita amati dan fahami maksud doa yg kita baca.

Doa akhir tahun akan dibaca penghujung waktu asar atau sebelum solat maghrib dan doa awal tahun dibaca selepas solat maghrib.


Terjemahan doa akhir tahun.

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganmu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telah memerintahkan supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, Ya Karim, Ya Zaljalali Wal Ikram.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam…Amin…


Terjemahan doa awal tahun.

Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaMu perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalian kuncunya, tenteranya dan penolongnya. Aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.

Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam…Amin…


Akhir kata, tutup buku lama, bukalah buku baru. InsyaAllah.

Weekend di rumah "mak" Melaka

Hoi!! Kenyangnya!! Hahaha.

Kalo balik melaka mesti mak ajiem masak sedap2 n byk2. Hehe.

Smp dlm pukul 615pm. Highway hari ni byk gile kete. Ade la 2 eksiden kat tgh2 jln td tapi takpa, alhamdulillah tahun ni sempat baca doa akhir tahun dan awal tahun sempena Awal Muharram.

Lepas selesai semuanya, terus ke meja makan. Amek ko, siput sodutttt. Haha. Aku bukan pandai mkn pon n tadi adalah kali pertama. Selalunya dorg kate sedut je la. Tp aku bg alasan aku x mkn siput sedut. Rupe2nye sedap!! Hahahah. Menyesal aku x cube sebelum ni. Disebabkan jarang balik melaka, mcm biasa la, disenduknye nasik dgn byknye kat pinggan aku. Dan sekarang aku dah tersandar kekenyangan. Hehee. :)

Isnin, 21 November 2011

iOS 5/5.0.1 Jailbreak

Installous aku ada problem beberapa bulan kebelakangan nih.. aku pon tatau ape masalah dia.. bila download ok, full download success tapi bila install, "invalid ipa" geram betul aku.. dah troubleshoot beberapa kalo untuk issue nih tapi still sama gak..

Ada yang suggest untuk uninstall dan install balik installous.. tapi still, sama masalah.. Encik google ade cakap, untuk rejailbreak fon aku.. hmm.. setelah fikir masak, aku pon plan untuk upgrade iOS 5 dlu pastuh baru jailbreak..

Tapi ade masalah lak.. Redmonpie kuarkan jailbreak tethered. Alah!! tanak la.. terpaksa tukar plan untuk tunggu untethered jailbreak kuar. Tapi smp skang pon tak kuar2 lagi.. aku pon dah tak tahan, layan je tethered jailbreak kat iOS 5.0.1..

So far, ok la.. tade masalah sangat dan aku dapat menggunakan Installous dgn sewenang2nya.. hehehehe.. happy yaw!!

Silalah tgk Video dari youtube nih untuk cara2 menjailbreak iOS 5/5.0.1 dari Redmonpie. Ini mmg sangat2 membantu.. :)

Sabtu, 19 November 2011

Saya Di One Utama tapi bukan untuk Shopping

Mentang2 aku dah letak resign letter, boss saje nak hantar aku untuk support sana dan sini.. u buli i yee?? hehhe.. it's ok.. no problem for me.. as long as u pay my claim and overtime.. should be no problem for me.. hehe..

Yang sedikit terasa dalam hati ni bukan apa, customer nih dah mintak support sejak hari selasa.. dah hantar PO, itu ini untuk support tapi kenapa inform kitorang last minutes? Sabtu nak kene standby, jumaat baru bagitau.. abes cancel semua program2 hari ni..

Mmg la aku entitled dgn standby allowance.. tapi ni planned services, bukan unplanned. memandangkan aktiviti2 hari ni takde la penting sangat, takpela.. cancel je la.. pegi je.. layannnn~~ hehe..

Pagi2 ni bangun awal,wife masak sarapan, mkn2 dlu pastuh kuar pukul 9 pagi, jalan jem gila kat bukit jalil.. maka lambatlah aku sampai sini.. ingatkan customer nak marah.. rupenye dorang semua cool je.. siap bagi aku satu bilik mesyuarat untuk aku lepak.. dia kata stanby je.. kalo ade ape2 dorang panggil..

Ramai orang kat sini skang nih.. Dorang satu team dari main office(Singapore) turun untuk buat implementation.. tade hal la sebnanye.. cume nak tambah satu firewall in between aku punye Load Balance dan Core Switch diorang..

Tade la byk sangat aku prepare untuk ke sini.. tapi ade la sikit2 hanya untuk bekalan kalo jadik apape ke nanti.. hehe.. lagipon jumaat baru bagitau.. mane la sempat nak prepare.. haih..

Dan sekarang aku bosan dok sorang.. suppose orang tgh lepak2 shopping2 kat One Utama ni.. tapi aku stuck kat dlm opis ni smp pukul 2 ptg hanya untuk standby konon2 consultant.. :)

Rabu, 16 November 2011

Makan malam hari ni.

Hari ni meredah hujan untuk pulang ke rumah. Jalan licin dan semua kenderaan jalan dgn berhati2. Alhamdulillah, sampai rumah dgn selamatnya.

Sebenarnya aku tak berapa gemar bawak motor dlm hujan atau bawak motor yg jaraknya lebih dari setengah jam tapi disebabkan dah ade yg menunggu di rumah, tak pe la. Redah slow2. Hehe.

Malam ni makan Ikan masak cili!! Hehe. Happy. :)

Objek Bulat - Freefall @ Prognosis: Death EP Launch Party

Ni lagu kegemaran aku untuk jamming.. Tatau la knape.. Dalam semua lagu Objek Bulat, ni la yang aku rase terbaik setakat nih.. hehe.. :)

Objek Bulat - Bab Pertama @ Prognosis: Death EP Launch Party

Sangap nak perform lagu nih.. haih.. bile la Reza OB nak balik KL.. Ade setahun lagi.. hehe.. :)

Selasa, 20 September 2011

Blogger iPhone apps?

Wow. Ada apps ni rupanya. Kiranya boleh la memberi input di mana2 dgn mudah. Hehe.