Isnin, 28 November 2011

Nak tukar kete

Minggu lepas Din ade bawak kereta abang dia, Corolla Altis.. aku saje2 tanye la.. brape harge kete tu.. Dia lak tetiba cakap abang dia ada cakap nak tukar kete.. aku pon suro dia tanye berapa.. dan harga yang dia cakap tu mcm menarik untuk di beli..

Ini telah mendatangkan semangat nak tukar kete semakin tinggi.. Memandangkan lepas nih nak kene travel jauh sket untuk pergi keje, aku memerlukan kenderaan yang memiliki fuel consumption yang baik, keselesaan seisi keluarga dan juga kemampuan diri..

Dalam fikiran aku ade 4 kete baru selain Toyota Corolla Altis 1.8 abang din tu.. 4 kereta ini adalah,

1. Honda City
2. Toyota Vios
3. Kia Forte
4. Proton Inspira

Kalo nak diikutkan segment, Honda City dan Toyota Vios adalah di dalam kategori - B, manakala Kia Forte dan Proton Inspira adalah kategori - C yang lebih luas dan selesa.

Ya, Honda dan Toyota adalah dari Jepun.. Kia dari Korea.. dan Proton Inspira adalah CKD kepada Mitsubishi Lancer.

Honda City - bagi aku kereta ni sangat menarik dan best dari segi rupa bentuk dan brand.. ruang untuk seat blakang agak sempit bagi aku.. yang lain2 sume ok tapi range harga dia agak tinggi berbanding 3 kereta lain jika kita pertimbangkan spec..

Toyota Vios - Antara 4 kereta yang aku compare nih, vios memenangi dari segi Fuel Consumption. Handling biasa, spec pon biasa. Yang bagus bagi toyota di Malaysia ni adalah servis Toyota ni bagus.. Lain2, dari segi harga, keluasan, keselesaan, semuanya biasa la.. nothing special tapi mmg dapat kepuasan optimum la dengan 1.5cc je..

Kia Forte - kete nih mmg terbaik dari segi design, harga, spec, accessory dan lain2..buatan korea yang dah semakin improved jika kita compare keluaran2 kia yang lain seperti spectra dll.. dalam fikiran aku, aku akan consider untuk beli Forte 1.6L SX.. bagi aku, 2.0 mcm terlalu melebihi budget aku la..

Proton Inspira - Orang dgr proton je, responnya = "kereta Malaysia", Interest tinggi, servis teruk, buatan teruk, power window dan lain.. tapi dulu masa proton saga keluar pada 1985, seronok, bangga dll.. hahaha.. ok.. ini cerita pasal proton inspira, bukan proton ye.. Seperti yang kita tahu, proton inspira adalah CKD kepada Mitsubishi Lancer.. So, kebanyakan spec yang ada kat dia adalah terbaik dan spec Mitsubishi.. OK, kita jgn pk langsung pasal proton, maruah dll, aku rasa, ok je kalo pakai inspira.. harga pon kire ok la untuk spec seperti ini.. yang aku baru prasan skang nih, ade lak discount akhir tahun smp RM9000.. kalo 1.8 manual tu, RM 69999 pon dah boleh.. ape lagi?

sekarang ni aku dah filter2 antara 4 nih.. aku rasa boleh la nak consider Kia Forte dan Proton Inspira.. Ape kate anda??


2 ulasan:

Sam berkata...

So akhirnya u dah filter Insight yg murah dari City dan boleh berjalan 600km utk satu full tank ke?
Hahaha..

parejazz berkata...

Insight lg mahal la sam. Mmg i x suke sbb dia kecik. X sesuai untuk keluarga. Cuma save minyak je. Dan harga brg2 untuk repair dan bateri mahal. Hehe.