haha.. this is awesome.. on the way back to Damansara, from my appointment at HUKM, i've stop at Buy Sell and Trade, Ampang and... ape lagi?? Terus beli dowh!! Harga rahsia..
Jumaat, 2 April 2010
New Gadget
haha.. this is awesome.. on the way back to Damansara, from my appointment at HUKM, i've stop at Buy Sell and Trade, Ampang and... ape lagi?? Terus beli dowh!! Harga rahsia..
Blackberry 8320 wifi problem
the step is,
1. Turn on wifi
2. Set up wifi network
3. Scan for the network
4. Choose wifi
5. Insert password
6. Connect -> connecting
After a while, error prompt...
Unable to connect
Reason: Failed to associate with the network
i've sent my BB to Lowyat and Digital mall SS14, they reset the software (Full Reset) but still not working. is it problem with the hardware?? who knows the price to repair it?
Takziah kepada keluarga Arwah Din Beramboi..
Sekitar pukul 12.35 malam semalam, pelawak terkenal tanah air, Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 44, menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Selayang. Kematian Allahyarham disahkan oleh Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani.
Allahyarham sebelum ini dimasukkan ke Wad Rawatan Rapi (ICU) kerana menghidap Dengue Shock Syndrome sudah berada dalam keadaan kritikal sejak petang semalam. Penyakit ini akan menyebabkan pengaliran darah dalam badan terjejas akibat jangkitan virus Denggi. Untuk jangkitan Denggi, tiada ubat yang boleh digunakan untuk melawan virus itu dan prognosis banyak bergantung kepada keadaan pesakit. Menurut adik kepada Din Beramboi, Rozana, 39, virus demam denggi berdarah yang dialami Allahyarham telah merebak ke hati dan buah pinggang, menyebabkan kedua-dua organ itu tidak boleh berfungsi.
Pemergian Allahyarham Din Beramboi pasti dirasai oleh peminat-peminat yang sentiasa tidak kering gusi melihat telatah lucu Allahyarham. Gelanggang Raja Lawak 4 juga yang terakhir dalam karier seni Allahyarham. Selepas ini, tiada lagi kedengaran suara Allahyarham berkumandang di radio ERA untuk segmen Aznil Riuhkan Pagi ERA bersama Din Beramboi. Saya pasti ramai yang akan merindui program Drama Sebabak dan Sawancara kendalian beliau. Sebelum ini, Allahyarham ada menunjukkan tanda-tanda yang beliau akan meninggalkan kita semua, di bawah ini kata-kata Allahyarham di Twitter milik beliau.

Tapi lumrah hidup di dunia, yang hidup pasti akan mati. Dari Allah kita datang, kepadaNya kita kembali. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk Allahyarham Din Beramboi, semoga roh beliau dicucuri rahmat. Al-Fatihah.
Credit to: mSTAR Online, Bernama, Blog Oh Malaysia , Amir Said, Karl
Isnin, 15 Mac 2010
Al Fatihah
Selasa, 9 Mac 2010
kerja v3
Isnin, 8 Mac 2010
kerja v2
Ahad, 7 Mac 2010
Kerja??
Khamis, 4 Mac 2010
Sabtu, 13 Februari 2010
Selamat Tahun Baru Cina.
Rabu, 23 September 2009
Selamat Hari Raya!!
Hari raye pertama, mcm biase la.. umah kitorang jadik kampung kepada adik beradik ayah memandangkan ayah anak lelaki pertama, so, sumorang akan dtg umah kitorang.. bagi family Pak Cik Aint, umah kami adalah kampung mereka.. maybe lokasi pon adalah penyebab kot.. kitorang dok kat kampung Sungai Plong hehe.. suasana kampung tuh ade la.. sbb pagi raye tuh byk lak monyet berkeliaran.. (carik duit raye kot) haha.. Anak pakcik yang comel suke gile.. best2..
Lepas family pakcik dtg, dtglah pula Mak Teh n family ops!! dah kurang sorang.. Luqman dah kawin n beraye kat kampung side sane.. hehe.. dah makin besar family aku skang ekk.. hehe.. alhamdulillah..
Next, dtg family Mak Tam dgn Mak Long.. ramai gler kat umah mase tuh.. tak tengahari lagi dah ramai gler.. tahniah.. Al least merasa la suasana di pagi raya...
Selain tuh, sepupu sepapat side mama pon dtg gak singgah umah b4 or after dorang smp Kuang(kampung Mama..) so, aku ngan akak jadik askar kerahan tanaga.. dgn tak semena2 aku telah menolong mama masak nasik goreng sebanyak 4 kuali.. haha.. ganas gler..
mmg pnat tapi enjoy gler.. gambar di atas adalah gambar yang sempat diambil antara satu family dah balik n lepas tuh kejap je dah ade family lain dtg dah.. hehe.. so, sket je la gambar yang di ambil..
Raya kedua pegi round2 umah sedare mama kat Kuang and Rawang.. tuh je la.. merasa la bawak VIOS baru ayah!! WSX 1280.. best2.. hehe.. malam tuh dah balik damansara sbb raye ke3 dah start keje..
Nih je la pengalaman raye aku tahun nih... hehe..
SELAMAT HARI RAYE!! maaf zahir batin.. takde kdt n mase nak msg sumorang.. hehe.. sory sory sory... sampai2kan ye..