Sabtu, 26 November 2011

Terjemahan doa akhir dan awal tahun.

Sempena Awal Muharram ini, aku mengucapkan salam Maal Hijrah kepada semua.

Di sini aku nak kongsikan terjemahan doa akhir tahun dan doa awal tahun untuk kita amati dan fahami maksud doa yg kita baca.

Doa akhir tahun akan dibaca penghujung waktu asar atau sebelum solat maghrib dan doa awal tahun dibaca selepas solat maghrib.


Terjemahan doa akhir tahun.

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganmu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telah memerintahkan supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, Ya Karim, Ya Zaljalali Wal Ikram.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam…Amin…


Terjemahan doa awal tahun.

Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaMu perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalian kuncunya, tenteranya dan penolongnya. Aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.

Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam…Amin…


Akhir kata, tutup buku lama, bukalah buku baru. InsyaAllah.

Weekend di rumah "mak" Melaka

Hoi!! Kenyangnya!! Hahaha.

Kalo balik melaka mesti mak ajiem masak sedap2 n byk2. Hehe.

Smp dlm pukul 615pm. Highway hari ni byk gile kete. Ade la 2 eksiden kat tgh2 jln td tapi takpa, alhamdulillah tahun ni sempat baca doa akhir tahun dan awal tahun sempena Awal Muharram.

Lepas selesai semuanya, terus ke meja makan. Amek ko, siput sodutttt. Haha. Aku bukan pandai mkn pon n tadi adalah kali pertama. Selalunya dorg kate sedut je la. Tp aku bg alasan aku x mkn siput sedut. Rupe2nye sedap!! Hahahah. Menyesal aku x cube sebelum ni. Disebabkan jarang balik melaka, mcm biasa la, disenduknye nasik dgn byknye kat pinggan aku. Dan sekarang aku dah tersandar kekenyangan. Hehee. :)

Isnin, 21 November 2011

iOS 5/5.0.1 Jailbreak

Installous aku ada problem beberapa bulan kebelakangan nih.. aku pon tatau ape masalah dia.. bila download ok, full download success tapi bila install, "invalid ipa" geram betul aku.. dah troubleshoot beberapa kalo untuk issue nih tapi still sama gak..

Ada yang suggest untuk uninstall dan install balik installous.. tapi still, sama masalah.. Encik google ade cakap, untuk rejailbreak fon aku.. hmm.. setelah fikir masak, aku pon plan untuk upgrade iOS 5 dlu pastuh baru jailbreak..

Tapi ade masalah lak.. Redmonpie kuarkan jailbreak tethered. Alah!! tanak la.. terpaksa tukar plan untuk tunggu untethered jailbreak kuar. Tapi smp skang pon tak kuar2 lagi.. aku pon dah tak tahan, layan je tethered jailbreak kat iOS 5.0.1..

So far, ok la.. tade masalah sangat dan aku dapat menggunakan Installous dgn sewenang2nya.. hehehehe.. happy yaw!!

Silalah tgk Video dari youtube nih untuk cara2 menjailbreak iOS 5/5.0.1 dari Redmonpie. Ini mmg sangat2 membantu.. :)

Sabtu, 19 November 2011

Saya Di One Utama tapi bukan untuk Shopping

Mentang2 aku dah letak resign letter, boss saje nak hantar aku untuk support sana dan sini.. u buli i yee?? hehhe.. it's ok.. no problem for me.. as long as u pay my claim and overtime.. should be no problem for me.. hehe..

Yang sedikit terasa dalam hati ni bukan apa, customer nih dah mintak support sejak hari selasa.. dah hantar PO, itu ini untuk support tapi kenapa inform kitorang last minutes? Sabtu nak kene standby, jumaat baru bagitau.. abes cancel semua program2 hari ni..

Mmg la aku entitled dgn standby allowance.. tapi ni planned services, bukan unplanned. memandangkan aktiviti2 hari ni takde la penting sangat, takpela.. cancel je la.. pegi je.. layannnn~~ hehe..

Pagi2 ni bangun awal,wife masak sarapan, mkn2 dlu pastuh kuar pukul 9 pagi, jalan jem gila kat bukit jalil.. maka lambatlah aku sampai sini.. ingatkan customer nak marah.. rupenye dorang semua cool je.. siap bagi aku satu bilik mesyuarat untuk aku lepak.. dia kata stanby je.. kalo ade ape2 dorang panggil..

Ramai orang kat sini skang nih.. Dorang satu team dari main office(Singapore) turun untuk buat implementation.. tade hal la sebnanye.. cume nak tambah satu firewall in between aku punye Load Balance dan Core Switch diorang..

Tade la byk sangat aku prepare untuk ke sini.. tapi ade la sikit2 hanya untuk bekalan kalo jadik apape ke nanti.. hehe.. lagipon jumaat baru bagitau.. mane la sempat nak prepare.. haih..

Dan sekarang aku bosan dok sorang.. suppose orang tgh lepak2 shopping2 kat One Utama ni.. tapi aku stuck kat dlm opis ni smp pukul 2 ptg hanya untuk standby konon2 consultant.. :)

Rabu, 16 November 2011

Makan malam hari ni.

Hari ni meredah hujan untuk pulang ke rumah. Jalan licin dan semua kenderaan jalan dgn berhati2. Alhamdulillah, sampai rumah dgn selamatnya.

Sebenarnya aku tak berapa gemar bawak motor dlm hujan atau bawak motor yg jaraknya lebih dari setengah jam tapi disebabkan dah ade yg menunggu di rumah, tak pe la. Redah slow2. Hehe.

Malam ni makan Ikan masak cili!! Hehe. Happy. :)

Objek Bulat - Freefall @ Prognosis: Death EP Launch Party

Ni lagu kegemaran aku untuk jamming.. Tatau la knape.. Dalam semua lagu Objek Bulat, ni la yang aku rase terbaik setakat nih.. hehe.. :)

Objek Bulat - Bab Pertama @ Prognosis: Death EP Launch Party

Sangap nak perform lagu nih.. haih.. bile la Reza OB nak balik KL.. Ade setahun lagi.. hehe.. :)

Selasa, 20 September 2011

Blogger iPhone apps?

Wow. Ada apps ni rupanya. Kiranya boleh la memberi input di mana2 dgn mudah. Hehe.